Thursday, July 21, 2011

Ayuh!! koreksi diri kita..



sebagai manusia kita tidak pernah dapat lari dari kesilapan..adakalanya kita tersilap langkah..dan adakala kita kebuntuan..

"hai! orang yang beriman! Takutlah kepada Allah dan hendaklah setiap jiwa memerhatikan apa yang dikirimkannya terlebih dahulu untuk hari esok" (Al-Hasyr 18)

•     Lakukanlah muhasabah pada dirimu sendiri sebelum kamu semua dihisab. Juga letaklah dirimu di atas neraca sebelum kamu semua diletakkan di atas neraca ( Umar Al Khattab)

     Taubat ialah melihat dan memperhatikan apa yang telah dikerjakan setelah selesainya, kemudian merasa menyesal atas perbuatannya.

     Umar memukul kedua tapak kakinya dengan cemeti pada setiap malam dan berkata kepada dirinya sendiri “Apa yang telah kamu kerjakan pada hari ini”.

     Maimun bin Mahran berkata: Seseorang hamba itu tidak dapat dimasukkan dalam golongan orang yang bertaqwa, sehingga ia membuat muhasabah pada dirinya sendiri lebih teliti daripada kawannya yang juga membuat muhasabah pada dirinya.

     Abu Talhah menyerahkan kebunnya sebagai sedekah kerana tergoda oleh seekor burung yang mempersonakan penglihatannya semasa mengerjakan sembahyang.

     Al-Hasan berkata: Seorang mukmin itu tidak akan dijumpai melainkan ia mencela pada dirinya sendiri.

     Sebagai seorang hamba yang taat pada agama, kamu mestilah pada permulaan hari menyediakan waktu yang ada di dalamnya kamu mengadakan persyaratan terhadap diri kamu sendiri yang diharapkan akan menjadi suatu wasiat atau pesan, agar segala yang kamu amalkan senantiasa berdasarkan kebenaran.

     Demikian juga ada waktu petang, kamu mestilah menyediakan waktu yang tententu, dan di saat itulah kamu menuntut pertanggungjawab serta melakukan muhasabah perihal segala yang telah kamu kerjakan sejak pagi sampai petang hari itu.

     Kamu hendaklah memaksa jiwa kamu melakukan yang baik-baik dan berpahala seperti solat sunat, bersedekah lebih daripada biasa, lebih bersopan santun sesama manusia.

     Sekiranya kamu menyimpang dari kebenaran dan melakukan maksiat hendaklah kamu ingat dengan penuh keinsafan bahawa perbuatan kamu itu akan ada balasannya dan hendaklah kamu menyesal dan mencemuh diri kamu sendiri lalu bertaubat dan berjanji dalam hati dan jiwa kamu tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi.

     Kamu wajib marah pada diri kamu sendiri atas kelalaian yang sudah terlanjur dilakukan.

     Kamu mestilah menuntut pada diri sendiri agar senang dan gemar memberikan jawapan yang benar dalam segala hal, baik yang datang dari sendiri atau dari orang lain.

•     Ingatlah pada hari akhirat nanti yang akan memberikan jawapan terhadap apa yangkamu lakukan di dunia ini ilah anggota-anggota badan kamu.

 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Al-Baqarah: 216)

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo′a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma′aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

(Surah AlBaqarah : Ayat 286)

Firman Allah S.w.t yang bermaksud: “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (ujian) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam ujian) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: “Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”

(Surah AlBaqarah : Ayat 214)

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun,”

(Surah AlMulk : Ayat 2)

“Sungguh mengagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya seluruh perkara adalah baik baginya. Dan tidak lah didapati seorang pun hal tersebut melainkan pada diri seorang mukmin. Jika dia merasakan kesenangan maka dia bersyukur. Dan itu lebih baik baginya. Jika kesusahan menerpanya maka  dia bersabar. Dan itu lebih baik baginya.”

(Hadith riwayat Muslim)

“Sesungguhnya Allah akan menguji dan mencuba salah seorang di antara kamu dengan cubaan sebagaimana salah seorang kamu menguji kadar emasnya dengan api. Maka sebahagian mereka akan keluar dari ujian itu bagaikan emas kuning berkilat; maka itulah orang yang dipelihara Allah daripada bermacam syubhat. Dan sebahagian mereka akan keluar bagaikan emas hitam, dan itulah orang yang tergoda fitnah.”

(Hadis riwayat Thobrani)

“Tiada seorang Muslim yang menderita kelelahan atau penyakit, atau kesusahan hati, bahkan gangguan yang berupa duri melainkan semua kejadian itu akan berupa penebus dosanya.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

Wallahua’lam.
Segala yang baik itu datangnya dari Allah manakala yang buruk itu adalah kelemahan diriku sendiri.