Saturday, May 21, 2011

Care nak Buang Saka-Stress!!


Sekarang ni musim exam kan??huhu..Penyakit ni memg slalu lah muncul kalo time gni..Bukan tu je..orang-orang yang keje pon stress gak..kne marah ngn boss lah,keje bertimbun lah,msalah rumah tangge pintu tingkap lah,tension hutang lah..macam2lah..klo xdo masalh xsah hidup!kadg2 yang xdow msalh ni plak yg suko crik msalh..kan dah bgi msalh dekat org yg bermasalh..jgnlah crik msalh..crik jaln nk solosaikan masalah xpo..ish2..tangani stress..setiap masalh mesti ade penyetelannya..huhuhu..



12 PERKARA BAGI ELAK DIBELENGGU STRES


Di bawah ini adalah beberapa panduan yang diberikan oleh Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) untuk mengelakkan stres.

1. RANCANG MASA DENGAN BAIK

Jadilah orang yang 'teratur'. Buat senarai semua perkara yang perlu anda lakukan mengikut keutamaan. Putuskan berapa banyak masa yang diperlukan untuk menghabiskannya dan patuhinya.

2. USAH LAKUKAN PERKARA PENTING SERENTAK

Sebagai contoh, usah mendirikan rumah tangga, membeli rumah atau tukar pekerjaan pada masa yang sama.

3. REALISTIK DENGAN APA YANG DIBUAT

Pilihlah pekerjaan mengikut kebolehan dan minat anda. Usah harapkan sesuatu yang tidak mungkin dicapai. Tetapkan matlamat anda yang boleh dicapai agar anda tidak kecewa atau berputus asa.

4. BUAT KEPUTUSAN BIJAK

Dapatkan semua maklumat atau informasi yang penting dahulu. Usah buat keputusan secara membabi buta. Timbangkan semua kesan buruk dan baiknya dan libatkan sama orang yang berkepentingan dalam keputusan itu.

5. BELAJAR UNTUK MENYUKAI DIRI SENDIRI

Usah risaukan sangat tentang paras rupa, ketinggian, jerawat dan kelemahan-kelemahan lain anda. Wujudkan yang terbaik daripada apa yang anda ada dan belajar menerima apa yang anda tidak boleh ubah.

6. BERFIKIRAN POSITIF

Elakkan fikiran negatif daripada terus menimbun di hati. Belajar mengenal pasti punca perasaan itu dan tanganinya secara membina. Usah membesar-besarkan perkara secara berlebihan.

7. KONGSI MASALAH ANDA

Usah pendam masalah dan bimbang sendirian. Berbincang dengan pasangan hidup, teman, penyelia atau pembimbing agama anda yang mungkin lebih berpengalaman dan boleh memberikan huraian kepada masalah anda.

8. BINA KELUARGA BAHAGIA

Tunjukkan kebaikan, kasih sayang dan rasa hormat kepada keluarga. Luangkan masa untuk bercakap, bermain dan berehat dengan mereka setiap hari. Jadikan rumah sebagai tempat yang menggembirakan anda selepas pulang dari kerja.

9. BERKAWAN

Sebagaimana anda memerlukan keluarga bahagia, anda juga memerlukan kawan-kawan untuk berbual, ketawa, keluar bersama dan membantu anda dalam saat memerlukan. Layani kawan anda sebagaimana anda suka dilayani. Hormati pandangan mereka dan bersabarlah dengan kekurangan mereka. Cubalah mengalah sesekali walaupun anda di pihak yang benar.

10. JAGA KESIHATAN

Bersenamlah secara kerap, makan dengan bijak dan dapatkan tidur yang cukup. Usah merokok untuk legakan stres.

11. LUANGKAN MASA UNTUK DIRI SENDIRI

Lakukan sesuatu yang anda benar-benar suka seperti hobi mengumpul duit syiling atau membaca. Berehat sebentar jika anda berasa penat atau tertekan. Sesekali anda juga perlukan keseronokan.

12. BELAJAR BEBERAPA TEKNIK UNTUK RELAKS

Buat senaman tarik nafas panjang, meditasi, mengurut dan teknik melegakan otot-otot.